fbpx
ZAKARIA (kanan) meledak gol kemenangan Chelsea ketika mereka menundukkan Zagreb di Stamford Bridge awal pagi semalam. – AFP

UCL: Kelibat Zakaria mula pikat Potter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain tengah Chelsea, Denis Zakaria menjadi wira pasukan pada penampilan pertamanya apabila menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Dinamo Zagreb 2-1 pada aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Bagaimanapun, The Blues terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-1 selepas pasukan pelawat menjaringkan gol pendahuluan menerusi Bruno Petkovic seawal minit ketujuh sebelum Raheem Sterling dan Zakaria masing-masing meledak satu gol.

Pengurus Chelsea, Graham Potter menyuarakan rasa gembira dengan aksi yang ditampilkan Zakaria pada perlawanan tersebut apabila pemain pinjaman dari Juventus itu menguasai bahagian tengah dengan baik.

“Saya fikir dia (Zakaria) bermain sangat baik dan anda semua boleh nampak apa yang dia mampu lakukan. Dia memiliki kualiti serta semangat selain sa­ngat berdisiplin dan mampu untuk membantu serangan.

“Secara jujur, saya sangat tertarik dengan permainannya. Memang benar semua pemain perlu bersaing untuk mendapatkan tempat, namun saya fikir Zakaria lebih daripada layak dan dia buktikan menerusi jaringan,” katanya.

Bagaimanapun, kemena­ngan itu terpaksa dibayar dengan harga tinggi apabila bek kiri, Ben Chilwell menyertai senarai pemain yang bakal direhatkan apabila mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan tersebut.

Justeru, ia menyebabkan peluang pemain antarabangsa England itu untuk beraksi di Piala Dunia Qatar hujung bulan ini semakin kelam memandang­kan sepak mula saingan itu hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi. – AGENSI

POPULAR