fbpx

Ingatan Im Soo-hyang untuk Lee Ji-han

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Im Soo-hyang. Dia sangat terkesan dengan kematian mengejut regu lakonannya, Lee Ji-han.

KEMATIAN pelakon Lee Ji-han dalam tragedi tragis di Itaewon pada malam sambutan pesta Halloween minggu lalu benar-benar merobek hati ramai peminat, termasuk rakan selebriti.

Antara yang paling terkesan ialah aktres Im Soo-hyang. Dia sangat berdukacita atas tragedi memilukan yang menimpa Ji-han.

“Semalam (31 Oktober), saya sepatutnya jalani penggambaran sepanjang hari bersama awak. Tetapi selepas mendengar berita, semua orang terpaku.

“Saya berasa sangat dingin, sedih dan terpuruk kerana awak pergi ketika karier baru hendak bermula,” luahnya.

Soo-hyang mengakui sangat terluka dengan pemergian Ji-han kerana selaku rakan pelakon, dia tidak sempat memberi semangat untuk mendiang.

Mereka terlibat dalam sebuah drama yang sama iaitu The Season of Kkokdu yang sehingga kini masih dalam penggambaran.

Dalam drama tersebut, mendiang Ji-han memegang watak sebagai Jung Yi-deun, bekas kekasih kepada Han Gye-jeol lakonan Soo-hyang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI