fbpx

Kes saman A. Aida, Idris Khan selesai luar mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. Aida dan Idris bersetuju menyelesaikan kes saman di luar mahkamah.

PETALING JAYA – Kes saman melibatkan penerbit sensasi, Datuk A. Aida bersama seorang pelakon, Idris Khan berakhir dengan ‘aman’ apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah.

Keputusan itu dibuat selepas A. Aida selaku plaintif menarik balik saman terhadap Idris ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, dalam prosiding pagi tadi, peguam mewakili Idris selaku defendan kedua iaitu Jason Wee memohon supaya kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Permohonan yang dibuat dihadapan Hakim Zulqarnain Hassan turut dipersetujui oleh pihak A. Aida.

Susulan kes berkenaan mendapat kata sepakat kedua-dua pihak, Zulqarnain kemudian membenarkan ia diselesaikan di luar mahkamah secara baik tanpa sebarang tanggungan pada kedua-dua belah pihak.

Namun, pada masa sama, mahkamah turut memerintahkan Idris membayar RM3,780 kepada plaintif sebelum penghujung November 2022 selain pelakon itu tidak boleh memfailkan saman malu terhadap A. Aida.

Terdahulu, dalam prosiding di mahkamah sama juga, defendan pertama, iaitu pelakon Amelia Henderson kekal dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Amelia dan Idris berdepan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI