fbpx

Suhaz Esports kenal pasti bakat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIRDAUZ (tengah) bersama para pemenang pada Kejohanan Terbuka Suhaz bagi permainan Mobile Legend di AEON AU2 Setiawangsa semalam.

KUALA LUMPUR – Pasukan Suhaz Esports bercadang menjadikan Kejohanan Terbuka Suhaz bagi permainan Mobile Legends sebagai platform mencari bakat-bakat baharu untuk diserapkan ke dalam skuad utama.

Pengurus pasukan Suhaz Esports, Mohd. Nur Firdauz Mohd. Konsul tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan kejohanan itu secara tahunan selepas melihat sambutan menggalakkan daripada para peserta.

Kejohanan kali pertama diadakan di AEON AU2 di Setiawangsa selama tiga hari yang berakhir semalam itu sempena Kerjaya Belia Kementerian Belia dan Sukan peringkat kebangsaan berjaya menarik hampir 200 peserta.

“Ada lebih 30 pasukan memohon tetapi kami terpaksa memilih 16 sahaja untuk sertai kejohanan ini. Rata-rata pasukan mempunyai lebih kurang lapan atau sembilan pemain.

“Kejohanan ini diadakan kerana kami nak beritahu kepada masyarakat bahawa ada karier untuk mereka dalam bidang eSukan. Kita nak beri peserta merasai gambaran suasana pertandingan profesional.

“Tujuan lain juga kita nak cari bakat-bakat baharu. Buat masa ini kita sudah kenal pasti beberapa pemain berpotensi untuk diserap masuk dalam skuad musim depan,” kata Firdauz.

Dalam masa sama, beliau juga mendedahkan perancangannya untuk menganjurkan kejohanan seumpama itu dari peringkat sekolah, daerah, negeri sehinggalah kebangsaan.

“Saya pun terkejut, tak jangka sambutan semeriah ini. Kita percaya program-program seperti ini boleh menjadi platform buat kami mencari bakat baharu,” jelasnya.

Sebagai rekod, juara kejohanan itu menjadi milik pasukan Duck Boys Esports diikuti Gentzen Esports di tempat kedua, manakala Fluffy Esports meraih kedudukan ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI