fbpx

“Sebak tengok Nufail mengengsot masuk bilik ibu dia”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Nufail merangkak ke dalam bilik ibunya.

SEREMBAN – Gelagat Ehsan Nufail berusia 11 bulan merangkak ke arah ibunya, Jahidah Nordin yang terbaring di atas katil selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga koma meruntun hati pengguna media sosial.

Video berdurasi 50 saat yang memaparkan bayi berkenaan merangkak ke bilik ibunya dikongsikan adik Jahidah, Fauziah di Facebook miliknya hari ini. Video tersebut sebelum itu dimuat naik di akaun TikTok wanita tersebut.

“Sebak tengok Nufail mengengsot masuk bilik ibu dia hari ini. Dah tahu ibu duduk bilik mana,” kongsinya.

Orang ramai melahirkan rasa sebak melihat Eshan Nufail dan mendoakan agar bayi ajaib tersebut yang membesar dalam perut Jahidah ketika dia terbaring sedang koma sentiasa sihat dan boleh menjaga ibunya apabila besar nanti.

“Semoga Nufail membesar dengan sihat walafiat. Nanti boleh tolong jaga ibu ya,” komen Chee Chee di akaun Facebook @Fauziah Nordin.

“Anak yang hebat untuk kedua ibu yang hebat. Semoga Nufail membesar dengan sihat, berjaya dunia akhirat. Semoga Kak Jahidah diberi keajaiban untuk sembuh,” tulis Siti Norsatirah.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan dalam kejadian pada 4 Mei 2021, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI