fbpx

Khairul Aming berbahasa Melayu di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Aming ketika menghadiri TikTok For You Stage di Jakarta, Indonesia

PETALING JAYA – Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan nama panggilan Khairul Aming dipuji kerana berbahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan wakil pempengaruh dari Malaysia di TikTok For You Stage di Jakarta, Indonesia.

Khairul yang cukup terkenal dengan video masakan ringkas ketika bulan Ramadan itu kelihatan tenang dan petah berbicara menggunakan bahasa ibunda tidak seperti segelintir pempengaruh yang akan secara automatik menukarkan perbualan di dalam bahasa Indonesia.

Susulan itu, pelbagai reaksi telah ditinggalkan oleh majoriti pengguna media sosial yang menyifatkan jejaka asal Kelantan itu petah berbicara disamping sangat rendah diri dan mengenal asal usul.

“Bahagian yang paling menarik ialah Khairul masih bercakap dalam bahasa Melayu, selalunya sesetengah daripada ‘influencer’ akan automatik guna bahasa Indonesia,” tulis pengguna media sosial.

“Alhamdulillah, kekalkan jati diri dengan menggunakan Bahasa Melayu di negara orang, sangat mengenal akar umbi. Syabas!,” komen seorang netizen.

“Khairul Aming memang betul-betul ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk ke bumi, tidak sombong, selalu menjaga hati pengikut dan stafnya. Moga terus sukses!,” puji seroang netizen lagi.

Sementara itu, terdapat juga netizen menzahirkan rasa gembira dengan kejayaan pemilik ‘Sambal Nyet Berapi’ tersebut kerana berjaya membina nama sendiri tanpa perlu kontroversi dan kandungan video murahan.

“Sangat berbangga untuk awak, Teruskan menjadi inspirasi anak muda Malysia yang memberi inspirasi,” tulis seorang netizen.

“Tahniah wakil Malaysia, awak memang memberikan inspirasi terbaik buat masyarakat. Berdiri atas bakat sendiri tanpa perlu membuat isu yang murahan,” komen netizen yang lainnya.

Terdahulu, Sambal Nyet Berapi ciptaan Cef selebiti media sosial, Khairulaming telah mencecah jualan RM7.5 juta dengan 540,000 botol telah terjual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI