fbpx

Cinta Gigi, Leonardo DiCaprio ditentang Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA HADID berasakan Gigi terlalu baik dan tidak sesuai menjadi pasangan Leonardo DiCaprio.

SEPERTI yang digembar-gemburkan media, model terkenal Gigi Hadid diketahui sedang menjalin cinta bersama aktor terkenal, Leonardo DiCaprio.

Bagaimanapun, hubungan cinta Gigi tidak disenangi adiknya, Bella Hadid. Memetik laporan Mirror.co, Bella tidak merestui hubungan antara kakaknya dengan pelakon berusia 47 tahun itu kerana menganggap Gigi merupakan seorang wanita yang terlalu baik.

Bella tidak melihat DiCaprio seorang lelaki yang sesuai untuk dijadikan kekasih dan tidak mahu kakaknya disaki­ti lagi oleh lelaki.

“Saya takut dengan nasib Gigi. Apabila heboh tentang hubungan percintaan mereka, saya jadi bimbang jika kakak saya disakiti lagi,” katanya.

Pada masa saya, Bella telah memberi nasihat dan berharap supaya Gigi memberi tumpuan terhadap anaknya daripada memikirkan soal cinta.

Bagaimanapun, nasihat tersebut seakan-akan tidak diendahkan Gigi apabila wanita berusia 27 tahun itu tetap dengan pendiriannya untuk bercinta dengan pelakon filem Titanic itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI