fbpx

Bayi baru lahir dijumpai dalam kotak di Seri Kembangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sampai ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam di Jalan SB Indah 2, Taman Sg Besi Indah Seri Kembangan, di sini pagi tadi.

SERDANG – Seorang bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan ditinggalkan berseorangan di dalam sebuah kotak ditemui orang awam yang berada di sebuah kawasan perhentian bas, Jalan SB Indah 2, Taman Sg Besi Indah Seri Kembangan, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan telah menjumpai bayi di lokasi tersebut sekitar pukul 9.25 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati, bayi lelaki tersebut dijumpai di dalam sebuah kotak berwarna coklat di sebuah perhentian bas berhadapan Pangsapuri Sungai Besi Indah, Seri Kembangan.

“Bayi lelaki tersebut telah di bawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut.

“Turut dijalankan usaha mengesan saksi bebas menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anbalagan, kes disiasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI