fbpx

MPKB-BRI kompaun 262 peniaga, orang awam tak jaga kebersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesalahan membuang sisa industri di tong sampah awam juga akan dikenakan kompaun. - FOTO IHSAN MPKB-BRI

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan sebanyak 262 kompaun kepada peniaga dan individu yang melakukan kesalahan melibatkan tidak menjaga kebersihan sepanjang tahun ini.

Yang Dipertuanya, Rosnazli Amin berkata, mengikut kesalahan itu, kadar maksimum kompaun boleh dikenakan sehingga RM500 mengikut Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran 1983 dan Akta Jalan Parit Dan Bangunan (1974 Akta 133).

Menurutnya, kesalahan yang dikenakan kompaun antaranya membuang atau menyimpan kekotoran di tempat awam, menyimpan barangan jualan di tempat awam dan gagal mematuhi pembuangan kenderaan buruk.

“Selain itu, kita juga mengeluarkan kompaun terhadap individu yang menyimpan, membuang besi buruk atau benda yang tidak berguna di tempat awam, meletakkan kayu, besi sekerap, kereta buruk, bahan- bahan buangan atau lain-lain barangan di tempat awam.

“MPKB-BRI sentiasa mengambil serius penguatkuasaan di kawasan pentadbiran sekali gus menyokong Program Kelantanku Bersih yang dianjurkan kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Rosnazli, penguatkuasaan sentiasa dilakukan bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat tentang pentingnya penjagaan kebersihan terutamanya di tempat awam.

Katanya, oleh itu, peniaga dan orang awam diharap tidak mengambil sikap sambil lewa berhubung aspek kebersihan di kawasan masing- masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI