fbpx

Ramai peniaga bermusim tidak letak tanda harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 169 kes dikesan dalam Ops Pantau 2024 yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak  12 Mac sehingga 9 April lalu di seluruh negara.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, kes itu direkodkan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan  menerusi Ops Pantau 2024 di 42,697 buah premis dan  2,450 bazar Aidilfitri.

“Selain itu, sebanyak 1,446 aduan diterima dalam tempoh sama melibatkan pelbagai kategori. Antara kesalahan yang dikesan adalah kegagalan meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang sah dan menjual barang tiruan.

“Berdasarkan kajian selepas Ops Pantau 2024, peniaga bermusim yang kebanyakannya berniaga pada bulan Ramadan gagal mematuhi peraturan terutamanya tidak meletakkan tanda harga pada barang jualan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, Ops Pantau 2024 dilaksanakan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri.

“Ia dilaksanakan di seluruh negara dengan pemeriksaan tertumpu di lokasi seperti bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, pasar raya mini dan kedai runcit.

“Selain itu, ia merupakan usaha berterusan kementerian dalam melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan tidak munasabah (mencatut) oleh peniaga yang tidak beretika,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI