fbpx

Peniaga apam balik beli rumah guna duit syiling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syiling tersebut merupakan tabungan daripada hasil jualan apam balik selama tiga tahun. - TIKTOK @dianajlndr

JAKARTA – Tindakan seorang penjual apam balik di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur yang membeli sebuah rumah menggunakan duit syiling tular di media sosial, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman video kejadian tersebut, seorang lelaki bernama Imam membawa sekitar empat buah botol air besar berisi duit syiling.

Syiling tersebut merupakan tabungan daripada hasil jualan apam balik selama tiga tahun. 

Kesemua syiling itu digunakan untuk membayar deposit rumah yang ingin dibeli. 

Lebih mengejutkan, jumlah keseluruhan syiling tersebut mencecah 46 juta rupiah (RM13,535.76), lebih daripada cukup untuk membayar wang muka pembelian rumah.

Rakaman mengenainya yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dianajlndr menarik perhatian orang ramai. 

“Macam mana boleh konsisten?!?! Aku ada duit sikit pun terus guna untuk jajan,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI