fbpx

Peniaga jangan ambil kesempatan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (tengah) menerima plak khas Lagu Kepenggunaan KPDN Kelantan daripada pendikir popular, Man Khan (kiri) pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat KPDN Kelantan di Kota Bharu hari ini. Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED/KOSMO!

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, KPDN tidak akan teragak-agak mengambil kesempatan keatas peniaga yang berbuat demikian.

“Kami (KPDN) mempunyai punca kuasa untuk mendapatkan harga setiap barangan di sepanjang rantaian bekalannya. Contohnya apabila kita tarik subsidi ayam, kita lihat ada usaha untuk menaikkan harga yang tidak munasabah pada minggu pertama dan kedua.

“Melihat kepada situasi itu, KPDN terus mengeluarkan notis kepada peniaga yang melanggar peraturan tersebut,”’katanya pada sidang media semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat KPDN Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fuziah memberitahu, KPDN akan menjalankan pemantauan secara teliti seperti yang dilaksanakan oleh pihaknya setiap hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI