fbpx

Tiada kesalahan menjual melebihi harga maksimum sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 8,095 pemeriksaan dijalankan terhadap premis perniagaan di seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 bermula 5 hingga 19 April lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, ia merangkumi 144 pemeriksaan ke atas premis borong dan pengeluar serta 7,951 pemeriksaan terhadap premis runcit.

“Tindakan undang-undang yang telah dikenakan ialah melibatkan 48 kes gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu dan 1 kes tiada tanda harga.

“Tiada kesalahan menjual melebihi harga maksimum dikesan sepanjang pelaksanaan skim,” katanya dalam kenyataan tadi.

Azman berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan sepanjang tempoh pelaksanaan skim berkenaan.

SHMMP Hari Raya Aidilfitri selama 15 hari itu membabitkan 22 jenis barangan yang berada di bawah skim berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI