fbpx

‘Kepada pelajar jangan tahan lapar, saya belanja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis yang ditampal di gerai tersebut memaklumkan pelajar yang sedang mengalami masalah kewangan boleh datang ke gerai tersebut untuk dibelanja makan.

PETALING JAYA – Kebaikan seorang peniaga di salah satu gerai makan di Kolej Dahlia, UiTM Puncak Alam mahu membelanja makanan kepada pelajar mengundang perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian hantaran yang tular di media sosial itu, penjual berkenaan memberitahu perkara tersebut dengan menampal kertas pada dinding untuk dibaca oleh semua penuntut.

“Kepada pelajar, kalau tiada duit langsung nak makan dan minum, jangan tahan lapar, bagitau saya atau staff-staff, saya belanja.

“Kalau malu atau segan boleh ke belakang untuk cakap, saya pun pernah jadi pelajar,” katanya.

Berdasarkan hantaran yang dikongsi, makanan percuma ini ikhlas diberikan kepada mereka yang betul-betul sedang mengalami masalah kekurangan duit.

Sementara itu, gerai yang bernombor empat itu dikatakan menjual minuman dan makanan ringan yang bergoreng seperti nugget.

Rata-rata pengguna media sosial media memberi komen yang positif dan terharu dengan tindakan tersebut.

“Mungkin tuan kedai niat nak berniaga bantu pekerja. Dia pun dah banyak duit, tak kisah sangat dengan untung. Sebab itu dia niat nak belanja pelajar,” komen @faiz kamaruddin.

“Sebak baca ayatnya, kita dulu pun banyak ikat perut dan kena kerja separuh masa siang dan malam. Terima kasih wujudkan orang yang baik, semoga tuan kedai dimurahkan rezeki,” komen @Irdina.

“Harap tak ada yang ambil kesempatan atas kebaikan tuan kedai ini.” Komen @wawa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI