fbpx

Saintis dapati lebah boleh bermain bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBAH dilatih menolak bola kuning dari platform ke tengah. - QMUL

LONDON – Satu kajian mendapati lebah boleh bermain ‘bola sepak’ sama seperti manusia, lapor akhbar The Sun.

Sekumpulan penyelidik menjalankan eksperimen terhadap beberapa ekor lebah dengan memberinya bola kecil.

Dalam kajian tersebut, beberapa ekor lebah dilihat berulang kali menolak sebiji bola kecil walaupun tidak mempunyai tujuan untuk berbuat demikian.

Sama seperti permainan bola sepak antara manusia, lebah muda dilihat lebih sibuk ‘bermain bola’ berbanding serangga yang lebih tua dengan mengerumuninya sebanyak 117 kali.

Ujian selanjutnya mendapati ia pergi ke arah bola dan tidak memilih makanan. Kajian itu menunjukkan lebah juga bermain permainan itu untuk keseronokan. 

“Sudah tentu mengejutkan, kadang-kadang lucu untuk menonton lebah bermain. Ia mendekati dan memanipulasi ‘mainan’ itu berulang kali,” kata seorang penyelidik dari Queen Mary University of London, Samadi Galpayage.

Kajian itu menunjukkan bahawa walaupun lebah memiliki saiz dan otak yang kecil, ia lebih bijak daripada makhluk robot yang kecil. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI