fbpx

Festival makanan Thai diserbu, 44 warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan dalam Op Selera semalam.

MELAKA – Seramai 44 warga asing ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen (JIM) Melaka dalam serbuan Op Selera di Festival Makanan Thailand di sekitar Batu Berendam dan Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Dalam operasi yang berakhir pada pukul 11.30 malam itu, kesemua warga asing ditahan berusia dalam lingkungan 21 hingga 55 tahun merupakan warga Thailand, Myanmar dan Indonesia.

Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, dua serbuan berasingan telah dilakukan di hadapan pasar raya Kipmall di Bachang dan tempat letak kenderaan di Mydin Ayer Keroh.

Katanya, hasil pemeriksaan seramai 44 warga asing didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Ketika serbuan dilakukan kesemua warga asing sedang sibuk melayani pelanggan di gerai makanan masing-masing.

“Pemeriksaan lanjut mendapati seramai 44 warga asing yang menyertai festival tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan pas lawatan kerja sementara telah tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak majikan bagi kesemua warga asing itu juga gagal mengemukakan sebarang kelulusan daripada agensi berkaitan yang membenarkan aktiviti berkenaan.

“Kesalahan utama majikan adalah menggaji dan melindungi warga asing yang telah melakukan kesalahan di bawah peraturan dan akta Imigresen.

“Sebanyak lapan borang Saman Saksi turut dikeluarkan kepada majikan dan penganjur untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kesemua yang ditahan akan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum di hantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI