fbpx
Penggunaan patung untuk dipuja-puja, dimulia, dihormati dan diagungkan adalah dilarang, namun jika bertujuan menjadikannya permainan, pendidikan, siasatan jenayah dan perubatan dibolehkan. – Gambar hiasan

Persoalan tentang buat, guna patung bentuk manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Apakah hukumnya menyimpan patung berbentuk manusia di rumah, ada saudara kata tidak dibolehkan, benarkah begitu?

JAWAPAN:
Membuat atau menggunakan apa-apa patung untuk dipuja, dimulia, dihormati atau diagungkan adalah haram di sisi syarak.

Ia boleh membawa kepada syirik, maka seseorang Muslim dilarang untuk membuat, menggunakan atau menyimpan patung yang mempunyai unsur-unsur tersebut.

Adapun membuat atau menggunakan patung yang tidak mempunyai unsur-unsur dipuja, dimuliakan, dihormati atau diagungkan, sebaliknya untuk urusan keduniaan seperti permainan, pendidikan, perubatan, siasatan jenayah dan apa-apa tujuan yang tidak mempunyai unsur-unsur pemujaan adalah dibolehkan.

Bagaimanapun, seseorang Muslim yang terlibat membuat, menyimpan atau menggunakan patung dengan tujuan yang disebutkan tadi, hendaklah berhati-hati agar tidak terbabit dengan unsur-unsur syirik.

Ada dalam kalangan para fuqaha yang mengharamkan Muslim untuk membuat patung manusia dan haiwan secara mutlak, sekalipun bukan bertujuan dipuja, diagung, dihormati atau dimuliakan.

Jika seseorang itu mampu mengelakkan diri daripada terlibat dalam pembikinan atau penggunaan patung haiwan atau manusia,­­ ia adalah sesuatu yang lebih afdal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN