fbpx
Pegawai polis ketika hadir ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi menjalankan siasatan berhubung kematian pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah sukan di daerah berkenaan. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Mahu hukum junior langgar peraturan jadi motif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Mahu menghukum pelajar junior yang didakwa melanggar peraturan asrama dipercayai menjadi motif kejadian yang menimpa pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Kuala Pilah dekat sini, namun bukan bertujuan menyebabkan kematian.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perkara itu dikenal pasti selepas pihaknya melakukan siasatan awal berhubung kes kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun.

“Bagaimanapun punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Setakat ini polis merekodkan keterangan 21 individu terdiri daripada pelajar, guru sekolah dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Remaja itu yang ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN