fbpx

SIC beri ‘restu’ kepada ZK Racing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN SHAFRIMAN (kiri) menegaskan SIC akan memberi sokongan kepada ZK Racing dan Damok bagi penyertaan kelas Moto3 pada saingan MotoGP musim depan.

KEPUTUSAN pengurusan ZK Racing meletakkan Syarifuddin Azman ke Moto3 pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan mendapat ‘restu’ pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya akan terus memberikan sokongan dan bantuan kepada Zulfahmi Khairuddin yang juga merupakan pengurus ZK Racing.

Tegas Azhan Shafriman, pihaknya sudah lama bekerjasama dengan ZK Racing dan sebab itu mereka bersedia untuk membantu anak didik Zulfahmi, Syarifuddin ‘Damok’ Azman beraksi secara musim penuh pada tahun depan.

“SIC dan ZK Racing sudah lama bersama. Kita menyokong ZK Racing, Insya-Allah kita akan berikan sokongan penuh kepada pelumba Malaysia malah kita sokong mereka menyertai musim penuh pada saingan kelas Moto3,” katanya.

Jumaat lalu, Syarifuddin diumum secara rasmi akan menyertai musim penuh kelas Moto3 tahun depan bersama pasukan MTHelmets-MSi.

Namun begitu, Zulfahmi berkata, dia harus pantas ‘menyambar’ tempat yang ada walaupun SIC masih belum pasti mengenai peruntukan dana yang bakal disalurkan untuk penyertaan Damok di kelas Moto3 tahun depan.

Mengulas lanjut mengenai dana, Shafriman berkata, setakat ini mereka belum menerima kata putus mengenai peruntukan tahun depan namun akan tetap memberikan sokongan kepada Damok dan juga ZK Racing.

“Setakat ini, kita tak dapat kata putus lagi mengenai dana tahun depan tetapi InsyaAllah kita akan terus memberikan sokongan kepada Damok dan juga ZK Racing untuk tahun 2023,” katanya.

Damok adalah pelumba ke-10 negara yang beraksi secara sepenuh masa di kejuaraan berprestij dunia itu. Antara yang pernah menyertai saingan musim penuh adalah Hafizh Syahrin Abdullah, Kasma Daniel Kasmayudin, Azlan Shah Kamaruzaman dan Adam Norrodin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI