fbpx

PRU15: Amirudin bakal tandingi Azmin di Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bakal dipertaruhkan sebagai calon Parlimen Gombak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu bersedia menghantar ‘panglima’ Selangor untuk bertanding di kerusi tersebut.

Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memaklumkan perkara itu sudah dibincangkan dengan Amirudin yang bersedia berdepan penyandang Parlimen itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Amir (Amirudin) memberitahu saya bahawa beliau adalah cicak mengkarung dan mampu (menang). Insya-Allah.

“Ini bukan pengumuman rasmi kerana ia akan dibuat pada 28 Oktober ini, (tetapi) saya sudah bocor soalan,” katanya.

Anwar Ibrahim (tengah) ketika merasmikan Jelajah Mega Harapan dan Pelancaran Jentera PRU15 PH Selangor di Padang Dewan Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Mega Harapan dan Pelancaran Jentera PRU15 PH Selangor di Padang Dewan Kampung Assam Jawa di sini, malam tadi.

Jelas Anwar, rakyat seharusnya menolak pemimpin khianat dan perasuah pada PRU15 lalu.  -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI