fbpx

Kes demam denggi naik, 29 mati akibat komplikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jumlah kes denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) 42/22 mencatatkan peningkatan sebanyak 137 kes atau 9.3 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada minggu ini, sejumlah 1,614 kes demam denggi dilaporkan berbanding 1,477 kes pada ME 41/22 dengan satu kematian akibat komplikasi dicatatkan.

Menurutnya, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah berjumlah 48,109 kes berbanding 21,308 kes bagi tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 26,801 kes atau 125.8 peratus.

“Sebanyak 29 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 16 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 13 kematian (81.3 peratus).

“Manakala sebanyak 51 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 53 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 30 lokaliti di Selangor, 11 di Sabah, lapan di Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala masing-masing satu di Kedah serta Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, survelan chikungunya merekodkan sebanyak tujuh kes pada minggu ke-42 dengan tiga kes di Pulau Pinang, dua kes di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta satu kes dari Selangor dan Melaka.

Jelas beliau, jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah sebanyak 669 kes.

“Bagi survelan zika, sebanyak 1,619 sampel darah dan 16 sampel urin telah disaring dan hasil kesemuanya adalah negatif,” ujarnya.

Tambahnya, keadaan hujan diselang-seli dengan cuaca panas yang berlaku ketika ini merupakan keadaan yang kondusif untuk nyamuk Aedes membiak. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI