fbpx

PRU15: Wan Fayhsal lawan Ahmad Jazlan di Machang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Fayhsal kini sudah berada di Machang dan telah turun menemui pengundi di sana.

PETALING JAYA – Desas desus mengenai pertembungan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob di Parlimen Machang hari ini bertiup kencang.

Ini susulan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Ahmad Fayhsal sendiri di laman sosial Facebooknya yang kini sudah berada di parlimen tersebut.

Sebelum ini ketika dihubungi Kosmo! beliau menafikan khabar angin tersebut dan menyatakan tunggu sahaja keputusan parti yang akan dibuat minggu hadapan.

“Tidak mungkin saya akan bertanding di Machang, terkejut saya dengar khabar angin ini.
Mungkin dua kerusi yang boleh saya bertanding itu pun kena dengar keputusan parti dahulu.

“Saya Ketua Bahagian Titiwangsa, jadi mungkin saya bertanding di sana atau mungkin juga di Bagan Serai,” jelasnya.

Terdahulu, kerusi Parlimen Machang merupakan kubu kuat bagi Barisan Nasional (BN) Kelantan apabila telah memenangi kerusi tersebut dalam dua kali pilihan raya sebelum ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI