fbpx

PRU15: BN mungkin adakan kerjasama jika raih 80 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri merasmikan Angkasapuri Kota Media, di Bangunan Angkasapuri, Kuala Lumpur hari ini. FOTO SHDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mungkin akan adakan kerjasama dengan beberapa parti lain jika hanya menang 80 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ika keputusan PRU menyaksikan kemenangan 80 kerusi maka sudah tentu parti itu tidak boleh membentuk kerajaan.

Katanya mungkin BN akan ada kerjasama dengan parti lain seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti lain yang ditentukan kemudian.

“Apa-apa pun, parti yang akan tentukan dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan bincang selepas keputusan (PRU15) dan selepas itu baru parti buat keputusan (kerjasama atau tidak),” katanya selepas Majlis Perasmian Bangunan Media City di Angkasapuri di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI