fbpx

Bintang No. 2 dunia, Lee Zii Jia tumbang mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA terpaksa akur tewas kepada Rhustavito seawal pusingan pertama pada Terbuka Perancis sebentar tadi. - AFP

BINTANG perseorangan profesional Malaysia, Lee Zii Jia yang kini memegang status jaguh No. 2 dunia tumbang mengejut kepada pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito seawal pusingan pertama pada Terbuka Perancis sebentar tadi.

Pada aksi di Stade Pierre de Coubertin, Paris itu, Rhustavito yang berada di ranking ke-23 dunia hanya mengambil masa 44 minit untuk menunjukkan jalan keluar kepada Zii Jia dengan keputusan 19-21, 18-21.

Terdahulu, ranking Zii Jia telah melonjak satu anak tangga kepada No. 2 dunia, di belakang juara dunia, Viktor Axelsen selepas dua hari pemain dari Alor Setar, Kedah itu menamatkan saingan Terbuka Denmark sebagai naib juara.

Zii Jia terpaksa akur tewas di pentas final Terbuka Denmark secara rubber-set 18-21, 21-16, 12-21 kepada pemain dari China, Shi Yuqi dalam pertarungan selama satu jam empat minit di Jyske Bank Arena.

Meksipun terlepas gelaran Terbuka Denmark, Zii Jia pada awalnya difahamkan gembira dengan prestasinya pada kejohanan tersebut dan sedia mengulanginya pada Terbuka Perancis yang bermula minggu ini.

Bagaimanapun, langit tidak senantiasanya cerah apabila Zii Jia yang berusia 24 tahun itu terpaksa menerima hakikat boleh pulang awal hari ini. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI