fbpx

Jepun mahu ‘penuhkan’ semula bandar nuklear Fukushima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis di Okuma menghalang jalan-jalan yang menuju masuk ke bandar yang dipenuhi radiasi nuklear. - Daily Mirror

TOKYO – Dua perkampungan yang ditutup pada 2011 akibat tragedi tsunami yang meleburkan tiga reaktor nuklear di Fukushima, Jepun akan dihuni semula menjelang April 2023, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Bencana Fukushima dicetuskan oleh gempa bumi kuat berukuran 9.0 pada skala richter yang menggegarkan kawasan tepi pantai Jepun pada 2011. Bencana itu mencetuskan gelombang tsunami yang membanjiri sistem penyejukan reaktor nuklear.

Ia adalah peristiwa nuklear terburuk sejak krisis 1986 yang dahsyat di Chernobyl, Ukraine.

Selepas insiden tersebut, tahap radiasi di majoriti wilayah Fukushima begitu tinggi sehingga kerajaan mewujudkan zon pengecualian, memaksa 150,000 penduduk tempatan meninggalkan rumah mereka.

Antara tahun 2011 hingga 2013, kedua-dua lokasi menjadi bandar hantu tanpa sesiapa dibenarkan tinggal di sana.

Dari 2013 hingga 2020 pula, beberapa kawasan telah dibuka semula kepada orang awam pada waktu siang tetapi beberapa kawasan masih ditutup kerana tahap radiasi yang masih tinggi dan mengancam nyawa.

Larangan kerajaan untuk mendiami kawasan tersebut masih meliputi sebahagian besar bandar Fukushima, dengan hanya satu zon yang dibuka untuk penduduk tempatan baharu pada April tahun depan.

Sekitar 12 orang memohon untuk tinggal di sana setakat ini tetapi kerajaan bercadang untuk membuka kawasan yang lebih besar untuk dihuni bagi menarik kemasukan penduduk dan perniagaan.

Walaupun Jepun merancang untuk mengisi semula bandar-bandar tinggalan, terdapat risiko kehancuran lain sekiranya gempa bumi berlaku lagi di kawasan berkenaan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI