fbpx

Iran saman AS, didakwa campur tangan dalam protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul di hadapan White House sebagai solidariti terhadap penunjuk perasaan Iran di Washington, DC, 22 Oktober lalu. – AFP

TEHRAN –  Teheran mengumumkan akan menyaman kerajaan Amerika Syarikat (AS) selepas menuduh Washington terlibat secara langsung dalam siri protes besar-besaran yang tercetus di seluruh Iran, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Teheran selain itu,  turut memberi amaran bahawa Britain dan Arab Saudi tidak akan terlepas daripada keadilan berhubung peranan London dan Riyadh dalam menyokong stesen  televisyen BBC Persian dan Iran International. Kedua-dua stesen penyiaran itu didakwa menghasut penunjuk perasaan supaya memusnahkan harta benda awam dan persendirian.

Agensi berita Iran, IRNA kelmarin melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman telah diarah untuk memfailkan tuntutan mahkamah bagi menyiasat kerosakan dan campur tangan yang ditimbulkan oleh penglibatan langsung AS dalam siri rusuhan itu.

Ia juga melaporkan pertuduhan terhadap BBC dan Iran International yang dibuat oleh Timbalan Ketua Badan Kehakiman Iran dan Setiausaha Majlis Tinggi Hak Asasi Manusia, Kazem Gharibabadi.

Laporan sama bagaimanapun tidak menyebut mahkamah mana yang akan membicarakan kes itu.

Protes antikerajaan tercetus di Iran sejak 16 September lalu selepas kematian gadis berusia 22 tahun, Mahsa Amini. Dia meninggal dunia ketika dalam tahanan polis moral  Iran selepas ditahan kerana tidak memakai tudung secara sempurna.

Sejak itu, tunjuk perasaan dan pertempuran menjadi situasi biasa di bandar dan pekan di seluruh Iran  dengan penunjuk perasaan melaung slogan mengutuk pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei.

Presiden AS, Joe Biden menyatakan sokongan beliau kepada penunjuk perasaan di Iran. Beliau turut berikrar bahawa Washington berdiri teguh bersama ‘wanita Iran yang berani melakukan demonstrasi demi hak asasi mereka’.

AS selain itu turut mengumumkan sekatan terhadap polis moral Iran kerana memukul dan melakukan keganasan terhadap wanita serta mencabuli hak peserta tunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi secara aman. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI