fbpx

Rumah pusaka pemandu teksi musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah pusaka milik pemandu teksi yang musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Purun, di sini, kira-kira pukul 4.50 pagi tadi. - Foto NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Seorang pemandu teksi warga emas hilang kata-kata apabila rumah pusaka berusia lebih 30 tahun musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Purun, di sini, kira-kira pukul 4.50 pagi tadi.

Nasir Kamal, 63, berkata, kebiasaannya memang dia akan bangun sekitar pukul 4.30 pagi bagi memulakan rutin harian serta terhidu bau hangit dan sebaik membuka pintu bilik, dia melihat asap berkepul-kepul datang dari ruang hadapan rumah.

Menurutnya, ketika kejadian hanya dia dan anak bongsunya, Muhammad Nuriman Nasir, 19, ada di rumah kerana isteri, Norhasimah Mahmud, 58,
dan mak mertua, Jeerniar Sahari, 77, kebetulan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) malam tadi.

“Memang kejadian berlaku begitu pantas. Saya pun tak sempat selamatkan apa-apa dan segera mengejutkan anak. Anak menghubungi bomba bagi bantuan memandangkan asap sudah terlalu tebal. Dalam kejadian ini, saya rugi lebih RM200,000 termasuk basikal elektrik pelanggan.

“Jika ikutkan, memang banyak barang dan kenangan di rumah ini disebabkan ia adalah harta pusaka arwah mak. Namun, dugaan buat kami sekeluarga dan saya reda lebih-lebih lagi ahli keluarga saya semuanya selamat,” katanya ketika ditemui di Kampung Purun, di sini tadi.

Sementara itu, Norhasimah berkata, walaupun sedih dengan kejadian berkenaan, namun, jauh di sudut hatinya dia berasa bersyukur apabila maknya terpaksa dibawa ke hospital malam sebelum kejadian kebakaran berlaku.

Menurutnya, jika maknya ada ketika kejadian, dia bimbang masalah pernafasan serta jantung wanita itu semakin teruk.

“Kami pergi malam tadi, pagi ni mak sudah ditempatkan di wad bagi rawatan lanjut dan saya pula pulang ke rumah. Memang sedih rasanya dan buat masa ini kami berlindung di balairaya kawasan kampung.

“Alhamdulilah, ramai yang datang ziarah termasuk kepimpinan setempat dan harapan saya agar kediaman mesra rakyat dapat didirikan di tapak rumah ini,” katanya.

Susulan kejadian berkenaan, sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti serta Kuala Pilah diketuai Komander Oeprasi, PBK1, Mohd Hidzir Yunus dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pukul 4.50 pagi.

“Kebakaran membabitkan rumah berkeluasan anggaran 35×50 kaki persegi yang musnah 100 peratus,” katanya.

Sehubungan itu, individu yang berhasrat ingin menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun Bank Islam 05030020160588 dengan nama Norhasimah Mahmud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI