fbpx

PRU15: Pas bertanding sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi ketika melancarkan Markas Besar Pas Parlimen Marang di Rusila, Marang semalam.

MARANG – Pas bakal bertanding di lebih 60 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November depan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pembahagian kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) kini dalam peringkat akhir diputuskan jawatankuasa perundingan kerusi gabungan terbabit.

Timbalan Pengerusi PN itu berkata, beliau sentiasa mendapat maklum balas daripada Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN yang turut dianggotai Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Insya-Allah sudah dapat bertanding lebih 60 (kerusi). Bagaimanapun, masih lagi dalam perbincangan,” katanya ketika melancarkan Markas Besar Parlimen Marang di Rusila di sini malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, semua nama bakal calon yang dicadangkan di peringkat cawangan dan kawasan akan disaring Majlis Syura Ulama Pas.

Penyandang kerusi Parlimen Marang itu menjelaskan, Majlis Syura Ulama Pas akan menilai setiap bakal calon tersebut bersama pesuruhjaya Pas negeri masing-masing.

“Disebut satu-satu nama ini, bagaimana perangainya, sembahyang atau tidak, (dan) akhlaknya. Setiap orang calon diluluskan oleh Majlis Syura Ulama,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pas yang menubuhkan Gagasan Sejahtera hanya memenangi 18 kerusi Parlimen daripada 158 yang ditandingi.

Sebelum ini, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, PN yang disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, Gerakan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan meletakkan calon di semua 222 kerusi Parlimen di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI