fbpx

Trafik sesak kemalangan, warga kota bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik sesak dan perlahan di Lebuh Raya Utara - Selatan susulan kemalangan serta orang ramai pulang bercuti hari ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik sesak sejauh 7.3 kilometer (km) arah utara serta 7.2 km arah selatan susulan kemalangan di KM 22.0 arah selatan dari Kulai ke Senai di Lebuh Raya Utara – Selatan pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Twitternya memaklumkan, kemalangan berlaku kira-kira dua jam lalu sekali gus menyebabkan lorong kanan di kedua-dua arah terhalang.

Katanya, sehubungan itu pihaknya menjalankan kerja-kerja pengalihan di lokasi kemalangan tersebut.

“Lorong kanan sudah dibuka dan trafik masih sesak 7.3 km arah utara, manakala 7.2 km arah selatan,” katanya pada hantaran tersebut.

Dalam masa sama, pertambahan kenderaan di lebuh raya pada masa ini juga susulan orang ramai pulang ke kampung atau bercuti ke tempat tumpuan berikutan cuti hujung minggu dan cuti Deepavali.

Berdasarkan maklumat terkini LLM, aliran trafik perlahan melibatkan Putra Mahkota ke Nilai, Pedas Linggi ke Simpang Ampat serta Kulai dan Skudai ke Senai ekoran kemalangan pagi tadi.

Selain itu, trafik juga dilaporkan perlahan di Rawang Selatan ke rehat dan rawat (R&R) Rawang Utara, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah dan Tapah ke Gopeng (kawasan mendaki Gua Tempurung). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI