fbpx

Kakak Abang Viva, kecil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Abang Viva’ didakwa tidak mengundang ibu bapa dan keluarga ke majlis perkahwinannya.

PETALING JAYA – Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Abang Viva’ didakwa tidak mengundang kedua ibu bapa dan keluarganya ke majlis perkahwinannya, hari ini.

Menerusi perkongsian oleh Fauziyah Omar di akaun Facebook miliknya yang dipercayai kakak kepada Abang Viva mendakwa adiknya itu telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

“Kepada sesiapa yang bertanya, ya betul insan ini telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan kami, tanpa pengetahuan emak dan ayahnya yang masih ada di dunia ini.

“Kata pengantin lelaki, dia perlu menjaga nama baik dia, mungkin nama kami dan rupa kami tidak setaraf dengan mereka,” tulis Fauziyah.

Dalam pada itu, Fauziyah menyeru kepada semua netizen agar berhenti bercakap atau bertanya apa-apa mengenai dia (Azwan Omar) kepada ibu dan ayahnya.

“Jangan tambah derita yang ada.Berilah peluang kepada emak dan ayah saya untuk bahagia di usia senja mereka,” tulis Fauziyah di Facebook miliknya.

Susulan itu, hantaran tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata netizen terkejut dan meninggalkan pelbagai reaksi terhadap hantaran tersebut.

Terdahulu, Abang Viva mencuri perhatian rakyat Malaysia kerana semangat dan usahanya untuk membantu mangsa banjir di Selangor meskipun hanya berbekalkan RM50. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI