fbpx

PRU15: SPR umum tarikh penting pilihan raya esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Teka-teki orang ramai mengenai tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal terjawab esok selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas.

Mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat SPR Putrajaya itu akan bermula kira-kira pukul 12 tengah hari berdasarkan jemputan yang diperolehi pihak media.

Menurut SPR, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh selaku Pengerusi SPR.

Jelasnya, satu sidang media akan dibuat sejurus selepas mesyuarat khas berkenaan.

Terdahulu, pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumumanmembubarkan Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU15.

Menurut beliau, keputusan membubarkan Parlimen ke-14 adalah bagi menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

Ia susulan daripada tindakan tidak wajar 12 Menteri yang mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI