fbpx

Penyamun angin satu badan pulang tangan kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang penjenayah pulang dengan tangan kosong apabila cubaan samun digagalkan juruwang wanita dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Taman Semenyih Indah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian pada pukul 7.30 malam itu berlaku apabila mangsa berusia 21 tahun didatangi seorang penyamun bersenjatakan parang.

“Suspek dipercayai lelaki tempatan yang memakai topi dan mengikat muka dengan kain kuning.

“Penjenayah memaksa mangsa menyerahkan duit dalam peti tunai, namun mangsa yang enggan telah berdolak dalik menyebabkan suspek naik angin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaidi, suspek yang berang kemudian menengking dan mahu merampas telefon bimbit mangsa sebelum wanita itu bertindak melarikan diri ke dalam stor dan mengunci pintu menyebabkan suspek lari serta-merta.

Jelas Mohd Zaid, hasil pemeriksaan pihaknya, suspek hanya melarikan beberapa kotak rokok manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dimana jika disabit kesalahan boleh dipenjara selama 14 tahun dan dikena denda atau sebat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Inpsektor Suresh Krishnan di 017-4333795 bagi bantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI