fbpx

Budak ‘berkawan’ dengan angsa tarik perhatian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario Naufal bermain dengan angsanya. -TiKTok

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki baru-baru ini tular di media sosial Indonesia selepas berkongsi klip video memaparkan persahabatannya dengan seekor angsa putih, lapor program berita Liputan6.

Sulthan Naufal sering berkongsi aktiviti harian bersama angsa peliharaannya bernama Mike dalam akaun TikTok @ovalll.e.

Netizen tertarik dengan Naufal kerana tidak takut dengan angsa selain mempunyai hubungan rapat dengan Mike. 

Antara aksi yang dikongsikan termasuk berani mencium Mike, menyuap makanan, pegang paruh, bermain dan makan bersamanya.

Netizen turut memenuhi ruangan komen di setiap hantaran Naufal.

“Boleh pula dia berkawan,” kata seorang netizen.

“Melanggar hukum alam,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI