fbpx

Gunung berapi aktif terbesar alami siri gegaran gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Gunung berapi Mauna Loa di Hawaii pada tahun 1984. - Getty Images

HONOLULU, Hawaii – Sekumpulan saintis memberi amaran mengenai peningkatan aktiviti bawah tanah susulan gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter yang melanda gunung berapi aktif di negeri Hawaii, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Gunung berapi Mauna Loa, yang meliputi separuh Hawaii dan merupakan gunung berapi aktif terbesar di Bumi telah mengalami satu siri gegaran dengan gempa bumi berukuran 4.6 magnitud direkodkan hanya beberapa saat sebelum gempa lebih besar menyusul.

Gegaran susulan itu dijangka boleh berterusan selama berminggu-minggu dengan para saintis memantau rapat setiap peningkatan aktiviti.

“Gegaran akibat gempa bumi yang lebih besar mungkin cukup kuat untuk menyebabkan kerosakan kecil terutamanya pada bangunan lama.

“Kedua-dua gempa bumi itu berlaku dalam selang masa 24 saat antara satu sama lain, mewujudkan gegaran dalam tempoh yang lebih lama dan berkemungkinan mengakibatkan impak lebih besar daripada mana-mana gempa bumi sebelum ini,” tulis kenyataan Balai Cerap Gunung Berapi Hawaii.

Aktiviti gempa bumi di kawasan itu meningkat daripada lima hingga 10 gempa sehari sejak Jun 2022 kepada 40 hingga 50 gempa bumi sehari sejak dua minggu lalu, demikian menurut Pusat Kajian Geologi AS.

Kekerapan tertinggi adalah melebihi 100 gempa bumi sehari yang dicatatkan pada 23 dan 29 September lepas.

Peningkatan aktiviti seismik itu turut menyebabkan pihak pengurusan Taman Negara Gunung Berapi Hawaii menutup kawasan pedalaman puncak Mauna Loa sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, Datuk Bandar Hawaii, Mitch Roth berkata, tiada laporan mengenai kerosakan besar atau kecederaan setakat ini, namun terdapat beberapa kerosakan kecil dikesan di bandar Pahala. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI