fbpx
KOMBINASI gambar menunjukkan kumpulan pendaki berpatah balik semasa Gunung Santiaguito meletus minggu ini. – X

Hampir sampai puncak, pendaki bertempiaran lari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GUATEMALA – Sekumpulan pendaki bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri selepas sebuah gunung berapi meletus di Guatemala, lapor majalah People semalam.

Kumpulan itu dirakam cuba menyelamatkan diri apabila Gunung Santiaguito meletus baru-baru ini.

Selepas mendaki menghampiri puncak, mereka segera berpatah balik apabila kawah gunung berapi menghamburkan abu dan asap tebal.

Awan abu yang besar kelihatan memenuhi langit semasa kumpulan pendaki itu menuruni laluan pendakian dikenali sebagai El Paso de la Muerte atau  Laluan Maut.

Lelaki yang merakam klip video itu, Carlos Enrique Porres Rodas berkata: “Santiaguito adalah salah satu gunung berapi aktif yang paling berbahaya di rantau Amerika Latin.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN