TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki yang tertekan berlari tanpa pakaian. - AGENSI

Tidak tahan menganggur, lelaki berlari tanpa pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Tertekan kerana menganggur,  seorang lelaki di Lubuklinggau, wilayah Sumatera Selatan nekad berlari dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor laman berita detik.com.

Aksi lelaki dikenali sebagai RB itu  dirakam di Jalan Sultan Mahmud Badaruddin II, malam  jumaat lalu.

Orang  terdekat dengan lelaki tersebut, Selly Yosramah berkata, RB merupakan seorang anak yatim selepas ayahnya meninggal dunia pada 2018. 

Sejak itu, keadaan ekonomi keluarganya menjadi semakin sukar. 

Malah, adiknya yang ketika itu masih berada di bangku sekolah menengah,  terpaksa berhenti sekolah disebabkan kekangan kewangan dan memilih untuk bekerja demi membantu ekonomi keluarga.

“Harapan keluarga bergantung pada RB. 

“Alhamdulillah, walaupun berdepan kekangan kewangan, dia sempat menamatkan persekolahan peringkat SMA dan berharap dapat memperoleh pekerjaan yang layak. 

“Sebelum ini, RB pernah mendapat kerja, cuma tidak bertahan lama sehinggakan dia kembali menganggur,” katanya.

Selly memberitahu bahawa RB selama ini dikenali sebagai seorang yang pendiam. 

Malah, ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya juga tidak mengetahui RB mengalami masalah depresi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN