fbpx

[VIDEO] Dua kilang kitar semula terbakar selang tujuh jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kilang plastik kitar semula yang terbakar di Taman Perindustrian Pulau Indah.

SHAH ALAM – Dua buah kilang kitar semula plastik yang terletak di Kemuning Utama di sini dan Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang terbakar dalam tempoh selang tujuh jam.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagi kedua-dua kejadian tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pemadaman kebakaran itu melibatkan keseluruhan 57 anggota dan pegawai dari lapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama 18 buah jentera termasuk tangki air.

Katanya, antara BBP terlibat termasuk Shah Alam, Kota Raja, Kota Anggerik, Pelabuhan Klang, Andalas, Subang, Puchong dan Pelabuhan Klang.

“Kebakaran pertama di Batu 7 Kemuning Utama Shah Alam melibatkan 40 peratus daripada keseluruhan keluasan 929 meter persegi.

“Bagi kawasan ini, 30 anggota bertugas memadamkan kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.56 pagi dengan api berjaya dikawal kira-kira 49 minit kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI