fbpx

Tindakan tegas kepada syarikat langgar syarat lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander menjawab soalan pemberita selepas Hari Industri Jualan Langsung Malaysia Peringkat Negeri Melaka di pusat beli-belah Mahkota Parade, semalam.

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas berkaitan ketidakpatuhan dalam industri Jualan Langsung.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebanyak 34 buah syarikat telah dibatalkan lesen kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 (Akta 500) dalam tempoh lebih dua tahun sebelum ini.

Jelasnya, antara kesalahan dilakukan termasuklah melanggar syarat lesen, beroperasi di luar waktu serta tidak mempamerkan kad identiti sewaktu menjalankan perniagaan berkenaan.

“Kami mempunyai akta tertentu untuk mengawal industri jualan langsung ini yang dijalankan secara sah, penguatkuasaan akan terus dilakukan bagi memastikan tidak ada pihak menyalahgunakan lesen dengan aktiviti multilevel (Skim Piramid).

“Setakat ini, kami telah ambil tindakan terhadap 34 buah syarikat yang mana lesen mereka telah dibatalkan kerana melanggar peraturan dan 26 kes pula membabitkan rampasan bernilai RM4.2 juta bagi tempoh 2020 sehingga 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Hari Industri Jualan Langsung Malaysia Peringkat Melaka 2022 di sini, semalam.

Tambahnya, KPDNHEP turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM71,000 dan denda berjumlah RM148,000.

Mengulas lanjut, Alexander memaklumkan sehingga 1 Oktober lalu, sebanyak 398 Lesen Jualan Langsung telah diluluskan dan masih sah digunakan untuk-syarikat menjalankan perniagaan berkonsepkan Jualan Langsung.

“Terdapat tiga jenis pelan pemasaran perniagaan Jualan Langsung yang ditetapkan iaitu Single Level Marketing (SLM), Multilevel Marketing (MLM) dan Pesanan Pos atau Mel (Mail Order).

“KPDNHEP memandang serius terhadap aduan-aduan yang diterima melibatkan pelanggaran dan ketidakpatuhan kepada peruntukan ini dan kita tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen mereka,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI