fbpx

PRU15 : KJ akhirnya `serah’ kerusi Parlimen Rembau kepada Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik Khairy Jamaluddin bersama Mohamad pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di Seremban.

PETALING JAYA – Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yakin Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan akan menang besar sekiranya bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Dalam masa sama, Khairy Jamaluddin yang sudah tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Rembau memberi jaminan, Mohamad atau Tok Mat akan terus menjaga penduduk di kawasan tersebut.

“Menyerahkan Parlimen Rembau selepas tiga penggal sebagai Ahli Parlimen. Insya-Allah Tok Mat akan menang besar dan terus menjaga Rembau dengan cemerlang,” katanya menerusi Instagram.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Mohamad dipetik berkata, parti itu akan mencari tempat sesuai untuk Khairy Jamaluddin bertanding pada PRU15.

Katanya, Khairy Jamaluddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau merupakan pemimpin muda berkaliber serta baik untuk negara.

Sebelum ini, Mohamad menyatakan hasrat bertanding kerusi Parlimen selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Pada PRU14, Khairy Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan menewaskan pencabarnya daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memperoleh 36,096 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI