fbpx

Lelaki sangka temui makhluk misteri, rupanya bangkai paus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haiwan itu dipercayai bangkai paus yang sedang mereput dan sudah mati sejak beberapa bulan lepas. - Facebook

SALEM, Oregon – Sejenis hidupan laut gergasi  misteri ditemui terdampar di pesisir pantai negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Post kelmarin.

Ia ditemui oleh oleh penduduk tempatan, Adoni Tegner semasa dia memandu di tepi pantai dekat Florence.

Makhluk besar itu digambarkan oleh Tegner seperti raksasa, ditutupi  rambut putih panjang dan berbau seperti mamalia  mereput.

“Saya tidak pernah melihat haiwan seperti itu sebelum ini,” katanya.

Tegner kemudian menyiarkan gambar haiwan itu di laman Facebook untuk bertanya jika sesiapa dapat mengenalinya.

Netizen memberi pendapat bahawa ia mungkin ‘globster’, iaitu nama yang diberikan kepada haiwan marin misteri terdampar di tepi pantai.

Namun, menurut Pusat Sains Marin Hatfield di Oregon, makhluk itu kelihatan seperti bangkai paus.

“Apa yang kelihatan seperti rambut adalah penguraian tisu badan seperti otot dan tendon.

“Saya menganggarkan  bangkai ini berasal daripada paus yang  mati selama beberapa bulan,” kata pengurus program Pusat Sains Marin, Jim Rice. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI