fbpx

Bajet 2023 dilaksana lepas bentang semula – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI menyerahkan surat penghargaan kepada veteran polis pada mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Pahang Kali ke-42 di Dewan Kuarters Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bera di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan Barisan Nasonal (BN) akan meneruskan semua bajet 2023 yang telah dibentangkan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata bagaimanapun Bajet berkenaan akan dibentang semula memandangkan pembubaraan Parlimen telah pun dibuat sebelum dibahaskan.

“Setakat dibentangkan bajet 2023 banyak diberi kepada rakyat daripada bayi hinggalah warga emas, ia menyeluruh.

“Kita akan bentang semula tetapi kalau kerajaan berbeza kita tidak tahu bajet apa?,”katanya selepas mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Pahang Kali ke-42 di Dewan Kuarters Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bera di sini hari ini.

Pada majlis itu Ismail Sabri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia Pusat dan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia Pahang.

Menurut Ismail Sabri kerajaan mempunyai peruntukan untuk melaksanakan bajet 2023 berkenaan yang akan memberikan manfaat kepada rakyat.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan negara dan juga kebajikan anggota keselamatan sama ada polis atau pun tentera.

Justeru katanya pihak kerajaan akan turut bekerjasama dengan pihak persatuan pesara polis dan tentera dalam menjaga kebajikan bekas anggota tentera dan polis itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI