fbpx

TLDM terima sumbangan lima mesin pembuatan untuk pembelajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUAR Mohamed (tengah) bergambar beramai-ramai selepas menerima lima mesin pembuatan sumbangan BNS di Fakulti Kejuruteraan, KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima sumbangan lima mesin pembuatan daripada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) untuk kegunaan latihan di Fakulti Kejuruteraan KD Pelandok di Pangkalan TLDM Lumut di sini.

Sumbangan lima mesin melibatkan dua mesin larik, dua mesin rekabentuk dan satu mesin pengisar bernilai kira-kira RM50,000 setiap satu itu boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran pelatih kejuruteraan marin mekanikal di fakulti tersebut.

Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Anuar Mohamed berkata, kesemua mesin tersebut akan digunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran pegawai dan anggota pasukan itu khususnya juruteknik mekanikal yang bertugas atas kapal.

“TLDM dan BNS adalah rakan strategik yang begitu lama dan kami mengucapkan terima kasih di atas penerimaan lima mesin ini,” katanya berucap pada majlis penerimaan mesin tersebut di KD Pelandok hari ini.

Azman dalam ucapannya pula berkata, lima mesin tersebut masih boleh digunakan di limbungan syarikat itu tetapi kadar penggunaannya semakin berkurangan.

Justeru, beliau berharap ia dapat digunakan untuk pembelajaran lebih efektif di kalangan pelatih sambil menyifatkan ia sebagai amanah dan tanggungjawab syarikat itu terhadap pasukan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI