fbpx

Sokong calon BN tak kira siapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni dan Ahmad Zahid (kiri) pada majlis meraikan kemenangan BN pada PRN Johor lalu. Gambar fail

JOHOR BAHRU – Penyokong Barisan Nasional (BN) perlu memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang dicalonkan kepimpinan parti masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehubungan itu semua pihak perlu menggunakan persidangan UMNO ketika ini sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Katanya, semua pihak diminta untuk memberi kritikan dan saranan yang konstruktif dalam memperkukuh jentera UMNO dan BN secara keseluruhannya.

“Paling penting, tingkatkan iltizam dan semangat untuk bantu parti. Biar siapa pun yang akan dicalonkan, wakil UMNO dan BN mesti didukung dengan penuh semangat dan kesungguhan.

“Tidak ada individu yang lebih besar daripada parti dan tidak ada parti yang lebih baik dari UMNO dan BN dalam usaha membawa kestabilan serta kemakmuran kepada Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, bekas Menteri Besar Johor itu turut meminta semua rakyat khususnya pengundi agar memilih kestabilan dan kemakmuran buat masa depan negara ini.

“Demi kestabilan dan kemakmuran, marilah kita semua menanam tekad untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik. Semuga parti kita UMNO dan BN berjaya dan cemerlang,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad memberitahu, kesiapsiagaan jentera BN Johor untuk PRU15 berada pada tahap optimum.

BN Johor telah meletakkan sasaran untuk memenangi antara 16 hingga 20 kerusi Parlimen daripada keseluruhan 26 kerusi yang dipertandingkan di negeri itu.

Keyakinan tersebut ekoran kementerian besar gabungan berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Mac lalu yang menyaksikan mereka memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI