fbpx

‘Kopi O’ keluar dari paip di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari video yang dipaparkan di Facebook menyaksikan air paip berwarna coklat gelap.

PETALING JAYA – Sebuah video berdurasi 10 saat yang dipaparkan di Facebook seorang pengguna menunjukkan aliran air paip berwarna coklat gelap.

Video tersebut yang diambil di sebuah Jajahan di Kelantan itu didakwa mempunyai masalah air paip yang berkarat sejak beberapa hari yang lalu.

Pengguna Facebook yang namanya dirahsiakan itu merupakan seorang pengusaha pusat cucian kereta dan dikatakan terpaksa menutup perniagaannya selama dua hari.

“Sebelum ini ‘teh o’ sekarang dah jadi ‘kopi o’, kalau berkarat sikit-sikit tu boleh lagi nak buat basuh kereta. Tapi kalau dah tahap macam ni baik tutup dulu kedai,” ujar pengguna tersebut.

Jelas pemilik akaun Facebook itu lagi, kejadian ini bukan baharu berlaku, malah beberapa kali telah dialami sepanjang tahun ini.

“Bukan nak berpolitik, jauh sekali nak kata kepada sesiapa, tapi kalau keadaan seperti ini terus berlaku macamana nasib peniaga.

“Kalau kedai makan ni memang terpaksa tutup, tak akan kita nak bagi orang makan dan minum air macam ni,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI