fbpx
Seorang wanita sedang menuntut permohonan cerai di PA Bojonegoro. - iNews

2,000 wanita tunggu masa jadi janda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seramai 2,000 orang wanita di daerah Bojonegoro, Jawa Timur akan bergelar janda selepas memohon tuntutan cerai kepada  Jabatan Agama Islam (PA) setakat awal bulan ini, lapor laman berita iNews.id hari ini.

Berdasarkan rekod yang dicatat oleh PA Bojenogoro, terdapat 2,300 kes tuntutan cerai daripada  pihak isteri bermula Januari hingga Oktober tahun ini.

Alasan  paling banyak diberikan adalah tidak tahan dengan ketagihan suami yang kemaruk bermain judi online.

Menurut Ketua Panitera PA Bojonegoro, Sholikin Jamik, kebanyakan  isteri sudah putus asa dan muak dengan perangai suami yang tidak dapat meninggalkan tabiat berjudi online.

“Daripada 2,300 kes, hanya 300 sahaja cerai talak iaitu dilafazkan oleh suami. Selebihnya adalah cerai fasakh iaitu perceraian yang dituntut oleh pihak isteri.

“Mereka lebih rela menjanda daripada terus hidup bersama penagih judi online,” kata Sholikin.

Menurutnya, dalam sehari terdapat berpuluh-puluh sidang perceraian diadakan di jabatan tersebut.

Jelasnya, daripada ribuan kes penceraian itu, wujud fenomena baharu iaitu si isteri menuntut cerai kerana suaminya ketagih judi online. – Agensi

POPULAR