fbpx

WCTKL bangunan konvensyen pertama dunia guna teknologi hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irmohizam (tiga kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Itramas Corporation, Lee Choo Boo (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Burj Capital, Saad Zaman (empat kiri) meninjau panel sistem solar bumbung di WCTKL hari ini.

KUALA LUMPUR – Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL) merupakan bangunan konvensyen pertama di dunia menggunakan teknologi hijau.

Pengarah Urusan Kumpulan WCTKL, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, ia berikutan pengoperasian sistem solar bumbung PV 501 kilowatt-peak (kWp) di WCTKL sejak sebulan lalu.

“Sistem solar ini membekalkan sehingga 650,000 kWh tenaga bersih setiap tahun, mengurangkan 500 tan matrik karbon dioksida setiap tahun atau lebih 10,000 tan matrik karbon dioksida dalam tempoh 30 tahun akan datang.

“Menjimatkan sekurang-kurangnya 30 peratus penggunaan tenaga elektrik WCTKL iaitu antara RM100,000 hingga RM120,000 setiap bulan,” katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Platform Pembiayaan Teknologi Hijau Itramas – Buru Energy di sini hari ini.

Irmohizam berkata, pemasangan sistem solar di WCTKL telah bermula beberapa tahun lalu, namun tertangguh disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, penggunaan teknologi hijau oleh WCTKL adalah penting kerana ia selaras dengan kehendak Malaysia dalam pembentangan Bajet 2023.

Tambah beliau, ia juga penting bagi memastikan WCTKL mendapat keyakinan ramai pihak bahawa WCTKL bersama dalam menggalakkan penggunaan teknologi hijau.

“Juga penting dalam meletakkan Malaysia di peringkat dunia dalam teknologi hijau,” katanya.

Dalam Bajet 2023, kerajaan akan menambah baik skim pembiayaan teknologi hijau (GTFS) dengan meningkatkan nilai jaminan kepada RM3 bilion sehingga 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI