fbpx

Teknologi hijau bantu pertumbuhan ekonomi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Kerajaan menyedari potensi teknologi hijau sebagai satu tonggak untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi dan mempromosikan pembangunan lestari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejak pengenalan Dasar Teknologi Hijau Nasional pada 2009, pelbagai inisiatif dan program diperkenal kerajaan diterima baik oleh industri dan syarikat tempatan.

Beliau berkata, antara inisiatif diperkenalkan adalah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bernilai RM5.6 bilion yang mana ia berjaya disalurkan kepada 431 syarikat dan syarikat teknologi hijau.

Menurutnya, pada tahun lalu, Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) pula menyaksikan sejumlah 635 projek teknologi hijau diluluskan untuk pembelian aset teknologi hijau, menghasilkan pelaburan sebanyak RM2.389 bilion.

“Program MyHijau Mark and Directory juga mendorong perniagaan, pengguna dan agensi untuk membuat keputusan pembelian lanjutan membabitkan produk dan perkhidmatan hijau yang diperakui,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Greentech dan Produk Eko Malaysia Ke-11 (IGEM 2021) secara maya hari ini.

Katanya, kerajaan pada awal tahun ini juga mengambil langkah proaktif untuk menyelaras agenda pembiayaan hijau dengan menerbitkan Sukuk Kelestarian berdaulat yang pertama di dunia. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI