fbpx

Penerapan amalan hijau PKS di Melaka masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAFIZAM (tengah) menunjukkan logo AHM 2024 pada sidang akhbar di Wisma Negeri, Ayer Keroh, Melaka. -Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Penerapan teknologi hijau dalam perniagaan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini masih rendah berbanding syarikat besar dan multinasional.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Ts. Mohd. Hafizam Mustaffa berkata, kurang kesedaran dikenal pasti antara punca yang menyebabkan PKS tidak mengaplikasikan amalan berkenaan secara meluas.

Kata beliau, pensijilan hijau sangat penting kepada PKS tempatan sekiranya mereka berhasrat untuk bersaing dengan lebih kompetititf di peringkat global.

“Kalau ikutkan syarikat yang nak bersaing di peringkat dunia, pembekalan produk memerlukan mereka mempunyai pensijilan hijau dan sebagainya, produk tertentu yang dihasilkan mungkin tidak dapat bersaing dengan produk lain jika tidak memiliki sijil ini.

“Jadi kita kena terapkan lagi pemahaman tentang alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ini. Salah satunya dengan penganjuran Anugerah Hijau Melaka (AHM) untuk kita dapatkan amalan terbaik dan kongsikan kepada PKS dan syarikat di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar AHM 2024 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI