fbpx

Irmohizam dilantik Profesor Adjung Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irmohizam (tengah) ketika menerima watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung FSU USIM.

PETALING JAYA – Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim telah dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bgi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 April lalu hingga 31 Mac 2026.

WTCKL dalam satu kenyataan berkata, peranan Irmohizam sebagai Profesor Adjung di FSU USIM adalah untuk menyumbangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam Undang-Undang kepada warga FSU serta menjadi penasihat dan terlibat dalam menilai dan memberi input kepada kurikulum dan program yang ada di fakulti tersebut.

Selain itu, beliau akan menambah nilai kepada USIM dengan menyampaikan syarahan dan menyertai dialog dan seminar dalam bidang kepakaran beliau kepada pelajar dan kakitangan universiti itu.

“Beliau bakal memainkan peranan penting dalam mempromosi USIM dalam acara pameran, dialog, seminar dan persidangan antarabangsa serta membantu dalam membimbing USIM dengan memberikan pandangan strategik dalam aspek akademik dan pengantarabangsaan.

“Sebagai Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA), beliau berhasrat untuk memperkenalkan dan mendedahkan USIM di peringkat global dengan rangkaian ahli Pusat Dagangan Dunia yang lain,” jelas kenyataan tersebut, hari ini.

Watikah pelantikan tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani dan disaksikan Pendaftar USIM, Datuk Muhammad Haizuan Rozali,Dekan FSU, Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh serta Timbalan Dekan Akademik FSU, Prof.Madya Dr. Izawati Wook.

Sementara itu Irmohizam berkata, pelantikan tersebut amat bermakna kepada beliau kerana permulaan kerier beliau sebelum ini adalah dalam bidang undang-undang.

“Pelantikan ini sangat bermakna buat saya kerana pada asalnya karier saya bermula dengan bidang undang-undang. Saya sedia pikul tanggungjawab ini serta menyumbang secara positif kepada pertumbuhan dan pembangunan FSU USIM.

“Saya seronok untuk melibatkan diri dalam bidang undang-undang dan akan memastikan ilmu pengetahuan dan pengalaman saya akan dikongsikan dengan sebaiknya dengan warga USIM.

“Saya berharap untuk memberikan perspektif yang baru dengan pengalaman saya yang kepelbagaian kepada warga FSU USIM,” kata beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI