fbpx

Cederakan isteri, Rizky Billar ditetapkan sebagai tertuduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY Billar dan isterinya, Lesti Kejora.

SELEPAS beberapa jam memberi keterangan di Balai Polis Metro Jakarta Selatan semalam, pelakon Rizky Billar kini bertukar status sebagai tertuduh dalam kes keganasan rumah tangga.

Suami kepada penyanyi dangdut Lesti Kejora itu berdepan hukuman lima tahun penjara jika sabit kesalahan.

Rizky juga didakwa menganiaya Lesti hingga mengakibatkan kecederaan pada leher dan luka.

“Statusnya sebelum ini saksi telah dinaikkan kepada tertuduh selepas diambil keterangan semalam,” ujar jurucakap polis seperti dipetik Kompas.

Terdahulu, Rizky hadir ke balai polis selepas dua minggu berdiam diri susulan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan isterinya.

Pelakon itu sepatutnya hadir pada Khamis minggu lalu, namun memberi alasan mental terganggu akibat kecaman netizen.

Lesti membuat laporan polis dan mendakwa dipukul suaminya pada 28 September sekitar pukul 1.51 pagi waktu Indonesia Barat di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.

Penyanyi itu mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan,

Rizky didakwa bertindak agresif dengan memukul dan mencekik isterinya sehingga terjatuh ke lantai.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI